49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN

Wednesday 28 August 2013
49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN | PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:

1. Geng 04
2. Geng 08 3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10.Geng 21
11.Ang Soon Thong
12.Wah Kee
13.Sio Sam Ong
14.PNEH
15.Hong Hong San
16.Hai San
17.Siang Ang Bin
18.New Cell 20
19.Jit It Hai
20.Sio Koon Tong
21.Gee Lam Kor
22.Gee Leng Hor
23.Koh Kuan
24.Tiang Yee Tong
25.Geng Heng Lor
26.Geng 35
27.Geng 303
28.Geng Satu Hati
29.ATAP
30.Hung Ann
31.Sui Yuk
32.Otai
33.Borneo Red EMP
34.Ah Ngau
35.Batu Tiga
37.Batu 10
38.Sibu Ti
39.Ah Seng
40.Ah Chin
41.Lee Lung
42.Ki Gab
43.Sg Merah
44:Sg Badut
45:Ting Ching Lee
46.Tua Cak Lee
47.Teksi Station
48.Pintu
49.Krokop


Laporan dari berita harian

Kemalangan Ngeri Di Kulim (7 Gambar & Video)


Kemalangan Ngeri Di Kulim (7 Gambar & Video) | Kemalangan yang berlaku awal pagi semalam yang melibatkan 5 orang kakitangan TNB. Kemalangan yang amat dahsyat ini berlaku berhampiran dengan sebuah kilang Saint Gobain & First Solar yang terletak di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah. Menurut saksi, kereta ini dipandu laju dan hilang kawalan seraya melanggar satu tiang elektrik dan menyebabkan semua yang berada di dalamnya tercampak keluar.









Video



Dikhabarkan tiada mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini. Semua mangsa yang parah dikejarkan ke ICU untuk rawatan lanjut. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kemalangan ini, bolehlah kongsikan bersama kami melalui Facebook Pages Oh! Tidak.

+ Kredit gambar dan video dari Saudara GS Raj.


sumber : ohtidak

Pengajaran,Pencuri Digantung Di Dinding

Tuesday 27 August 2013

Pengajaran,Pencuri Digantung Di Dinding | HUBEI – Seorang pencuri yang ditangkap dengan barang yang dicurinya oleh sekumpulan pengawal keselamatan di sebuah apartment, telah diikat dan digantung ke dinding selama lima jam.

Di sebelah pencuri itu terdapat satu papan tanda tertulis mengenai kesalahan yang dilakukannya.

Suspek yang berusia 34 tahun itu telah diikat kedua belah tangan dan digantung dengan tali yang dililit di bawah ketiak dan leher di dinding setinggi 20 kaki.

Bagaimanapun tindakan pengawal keselamatan itu merupakan satu kesalahan dan mereka sedang disiasat oleh polis, meskipun  mereka mendapat sokongan daripada pengurus apartment terbabit.

“Tidak kira apa yang dilakukannya, lelaki ini tidak boleh `digantung’ di khalayak ramai,’’ kata polis.

Suspek bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kini turut ditahan dilokap.

Dalam pada itu, penduduk di apartment tersebut menyokong tindakan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu, bagi menyedarkan pencuri lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Ia merupakan satu pengajaran kepadanya,’’ katanya.

Hanez Suraya Enggan Layan Peminat Emosi


Hanez Suraya Enggan Layan Peminat Emosi | PETALING JAYA – Pelakon Hanez Suraya mengakui agak sukar untuk dia memuaskan hati peminat-peminatnya di laman sosial yang tidak memahami kedudukannya sebagai seorang selebriti.

Hanez, 28, berkata, dia mengambil pendekatan tidak membesarkan perkara remeh khususnya bahasa yang kurang enak dilemparkan peminat sehingga boleh menimbulkan perbalahan.

“Saya memang suka melayan mesej Twitter daripada peminat dan membalas komen mereka, tapi ada masanya saya tidak dapat menjawab kesemuanya.

“Terdapat segelintir peminat yang tidak faham dengan kesibukan saya dan mula menghantar mesej yang bukan-bukan serta melemparkan kata-kata kesat,” katanya kepada mStar Online.

Hanez diminta mengulas perbalahannya dengan peminat di laman sosial itu apabila ada di antara mereka melemparkan kata-kata yang tidak sopan kepadanya baru-baru ini.

Tambah Hanez, dia sedar banyak akaun Twitter telah diwujudkan atas namanya untuk menarik perhatian dan menimbulkan provokasi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian kepada saya. Saya lihat ada 10 akaun yang dibuat untuk membenci saya dengan mesej yang bukan-bukan,” katanya.

Bagaimanapun, Hanez berkata dia tidak melenting dan mengambil serius perkara tersebut.

“Saya tahu mereka hanya ingin perhatian sahaja, Insya-Allah kalau mereka komen denga cara yang baik, saya akan balas juga tidak perlu sehingga panggil saya dengan perkataan yang bukan-bukan,” katanya.

Sementara itu, Hanez mengakui namanya meningkat seiring dengan kontroversi yang melandanya.

“Saya akui kontroversi ini kadang-kadang boleh mengangkat nama kita tetapi kadang kala boleh juga menjatuhkan.

“Bagi saya jika saya boleh tepis, saya akan tepis. Kalau dulu ketika bersama Awi Rafael saya mengambil berat banyak perkara agar setiap apa yang saya lakukan tidak terkena tempias kepada Awi,” katanya. – mStar Online

Shila Dikritik Pakai Baju Ketat, Gambar Rapat-Rapat (4 GAMBAR)


Shila Dikritik Pakai Baju Ketat, Gambar Rapat-Rapat (4 GAMBAR) | Tak lama dahulu, Shila Amzah antara artis yang kerap ‘berperang’ dengan peminat di laman sosial termasuk Twitter dan Instagram.

Semua ini biasanya berlaku apabila penyanyi bersuara merdu ini dikritik oleh peminat tidak kira melibatkan isu peribadi mahu pun pemakaian.

Antaranya, apabila dia pernah ditegur kerana memakai baju sukan yang ketat.

Terbaru, Shila sekali lagi ditegur kerana memakai pakaian ketat yang dirasakan peminatnya kurang kena memandangkan dia mengenakan tudung.



Komen-komen itu diberikan pada gambar yang dipos Shila di laman Instagram miliknya.

Selain soal baju ketat, Shila turut ditegur kerana bergambar dalam jarat rapat dengan lelaki bukan muhrim termasuk penyanyi legenda, Lionel Ritchie dan seorang lelaki yang diperkenalkan Shila sebagai kawan seislam dan peserta Top 12 Chinese Idol.




Bagaimanapun hingga sekarang, belum ada tanda-tanda Shila mahu melayan kritikan peminatnya. Mungkin, dia sudah semakin matang selepas belajar dari kes-kes silam.

Hm, sabarlah Shila ye. Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi artis. Sesetengah yang menegur mungkin cuba nak jadi polis moral tapi ada juga yang menegur sebab betul-betul ikhlas sayangkan anda. – REM RAMZI

Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam KIni Terbongkar


Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam KIni Terbongkar | I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10
. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa
. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".

yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5.

Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..aku dah 3 kali pergi.dah tahu sangat..dah 1 tahun aku tak pergi..

Sumber Asal..Thanks bro!
Sumber dari facebook
Sumber 
sumber

Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila!


Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila! | Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.

Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!

Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Kisahnya begini.

Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.

Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.

Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.

Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.

Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.

Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.

Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.

Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

Penulis tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman….. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Kekasih Ditinggalkan Dalam Hutan

Monday 26 August 2013

Kekasih Ditinggalkan Dalam Hutan | KULIM -  Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim  membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.

"Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang  terhumban  ke dalam semak.

"Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.

Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.

Polis kemudiannya  menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.

Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.

“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.

"Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.

Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.

(4 GAMBAR) Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak


(4 GAMBAR) Erin Malek Bercuti, Ibu Disangka Kakak | Pada 9 Ogos lalu, pelakon yang terkenal menerusi drama Misiku Kuza, Erin Malek difahamkan telah terbang ke Brisbane, Australia bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Erin dikatakan berada di sana selama seminggu dan mereka sekeluarga telah selamat pulang ke Malaysia pada 15 Ogos lepas.

Melalui foto tersebut, ibu pelakon itu kelihatan sangat muda dan mereka kelihatan seperti adik beradik. Beberapa orang peminat turut menulis komen mengatakan ibu Erin Malek muda dan juga cantik.



kredit kepada ohbulan

(12 GAMBAR) Aksi Pelajar Di China Yang Semakin Liar


(12 GAMBAR) Aksi Pelajar Di China Yang Semakin Liar | Ini bukan saja berlaku di China tetapi juga berlaku juga di negara kita. Masalah sosial dikalangan remaja semakin hari semakin teruk. Kalau tindakan tidak diambil, satu hari nanti, segalanya akan menjadi parah.














Apabila Pesawat Lion Air Melanggar Lembu (6 Foto)

AIR1
Juruterbang berkata pada awalnya beliau menyangkakan beliau terlanggar seekor anjing tetapi selepas memeriksa tayar hadapan pesawat, beliau ternampak bangkai lembu! Only in Indonesia. Ini ialah insiden kemalangan kedua dalam masa setahun membabitkan Lion Air.




AIR2

Kisah Sedih! Kanak-Kanak Ini Setiap Hari Berkunjung Ke Pusara Ibunya (Video)


Kisah Sedih! Kanak-Kanak Ini Setiap Hari Berkunjung Ke Pusara Ibunya (Video) | Alor Gajah: Biarpun dipisahkan kematian, kasih mendalam terhadap ibunya membuatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun sanggup mengunjungi pusara ibu setiap hari sejak lapan bulan lalu di Taman Sebang Gemilang, dekat sini.

Setiap kali berkunjung ke pusara ibunya, kanak-kanak itu Adam Noramzar Syahrizal akan ‘memberitahu’ ibunya bahawa dia datang menziarah sambil mengucup batu nisan.

Malah, setiap kali melangkah keluar meninggalkan tanah perkuburan itu, air mata pasti berlinangan di pipi Adam selepas memanjatkan doa untuk arwah ibunya, Noorzalina Ismail, 31, yang pergi menghadap Ilahi kerana penyakit radang paru-paru, Januari lalu.

Kanak-kanak itu bergelar yatim piatu kerana bapanya, Syahrizal Ibrahim, 29, terlebih dulu pergi menghadap Ilahi akibat penyakit misteri, hampir lima tahun lalu.

Adam berkata, saban hari dia merindui ibunya dan atas alasan itulah ke pusara pada waktu petang.



Rumah Sewa Dipecah Masuk,Gadis Disamun Dan Dirogol Tiga Lelaki

Gambar hiasan

Rumah Sewa Dipecah Masuk,Gadis Disamun Dan Dirogol Tiga Lelaki | Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,”

kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka.Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi.“Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer.Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).

“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

sumber

9 Gambar Adik Anzalna Nasir Bersosial


9 Gambar Adik Anzalna Nasir Bersosial | Mia Nasir, adik kepada Anzalna Nasir, pelakon yang popular melalui drama bersiri Adam & Hawa telah dilihat bersosial dengan kawan-kawannya.

Lagi 8 Gambar dibawah











Gadis Maut Jatuh Bangunan Diserang Sawan


Gadis Maut Jatuh Bangunan Diserang Sawan |Kuching – Hasrat seorang gadis untuk bertemu bapanya di bandar raya ini tidak kesampaian apabila dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Jalan Keretapi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nurul Faizura Syahira Mohammad, 19, dari Kampung Sambir, Asajaya, dekat sini, terjatuh dari balkoni rumah sewa bapanya selepas diserang sawan secara tiba-tiba.

Akibat kejadian itu dia parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 6 petang.

Bapa mangsa, Mohammad Dan, 49, yang juga pengawal keselamatan berkata, anak kedua daripada empat beradik itu datang ke bandar raya ini bersama bapa saudaranya Sabtu lalu semata-mata untuk bertemunya kerana kali terakhir berjumpa pada Aidilfitri lalu.

Katanya, Nurul Faizura Syahira ada menghubunginya sebaik tiba di rumah sewanya dan dia mengarahkan anak gadisnya itu naik ke rumah terlebih dulu kerana dia masih bekerja. – HARIAN METRO

(GOSIP) Panas : Zarina Anjoulie Dikatakan Pernah Berkahwin


(GOSIP) Panas : Zarina Anjoulie Dikatakan Pernah Berkahwin | Setiap hari Ahad, Abang Nara memang tak pernah ketinggalan membeli Berita Minggu. Banyak kisah-kisah menarik dan sensasi diselitkan di dalam ruangan BiPop. Antara ruangan yang paling hangat sudah tentu tulisan daripada Kak Pora. Memang panas meletup!!!
Semalam, Kak Pora mendakwa bahawa pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tua sebelum ini. Perkahwinan tersebut sayangnya tidak dapat bertahan lama. Menariknya, perkahwinan tersebut berlangsung ketika Zarina sudah bergelar artis dan sedang hangat dilanda kontroversi.
Fuh ~~ Memang panas sungguh gosip kali ini kan? Diharap Zarina Anjoulie dapat tampil dan membuat pengesahan mengenai khabar angin ini. Kalau betul, nak juga tahu siapakan lelaki yang pernah bergelar suami untuk dirinya. Mesti bukan calang-calang orangnya. Tak gitu? - Beautifulnara

 

blog hensem Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger